Wednesday, December 23, 2009

TAYANGAN SEMPENA MINGGU FILEM ISLAM


Tayangan percuma bersempena Minggu Filem Islam sedang diadakan dari 12 Disember sehingga 27 Disember ini di Pawagam mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas. Antara filem-filem yang bakal ditayangkan ialah Father and Son, Laskar Pelangi, Just A Word, Child Task, Innocent Dream dan Syukur 21. Masuk adalah percuma. Warga FACT dijemput hadir memeriahkannya.

PENDAFTARAN SESI JAN - MEI 2010


Warga FACT yang dihormati sekalian. Anda boleh mula mendaftar di Kolej Puncak Perdana pada 2 Januari ini. Diingatkan supaya anda membawa keperluan semasa pendaftaran iaitu dua keping gambar berukuran pasport. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menyediakannya, pihak kolej turut menyediakan perkhidmatan gambar pasport. Sekiranya anda menghadapi masalah pendaftaran atau tidak mendapat kolej walaupun telah membuat pendaftaran, anda boleh merujuk kepada wakil CASA atau Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama anda amat kami hargai.

Saturday, December 19, 2009

PELUANG PEKERJAAN


Perhatian kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian di FACT. Anda berpeluang mencari pekerjaan melalui lawan web JobsMalaysia yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan untuk anda semua. Anda dinasihatkan supaya membaca dan memilih pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan kelayakan anda. Kami pihak CASA sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelajar dan bekas pelajar FACT. Semoga anda berjaya! Good Luck!

Wednesday, December 16, 2009

KEPUTUSAN PERMOHONAN PETANG INI!

Para pelajar semester akhir diploma FACT boleh menyemak keputusan permohonan menyambung pengajian ke peringkat ijazah pada petang ini (mulai pukul 6 petang). Student portal dijangka sukar untuk dilayari kerana kesesakan. Oleh itu, anda dinasihatkan menyemak permohonan pada tengah malam atau esok untuk memudahkan penyemakan. Semoga berjaya!

Sunday, December 13, 2009

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IJAZAH SESI DISEMBER 2009

Kepada warga FACT yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda mulai 16 Disember jam 5 petang di student portal atau ke laman web rasmi uitm www.uitm.edu.my. Sekiranya berjaya, tahniah diucapkan manakala yang gagal, anda boleh membuat rayuan. Diharapkan anda peka dengan maklumat ini.

Thursday, December 10, 2009

TAHNIAH FACT, UiTM DAN PROF HATTA...


Tahniah diucapkan kepada UiTM dan FACT diatas kemenangan filem Wayang pada Anugerah Skrin yang lalu. Lebih membanggakan, Dekan fakulti, Prof. Hatta Azad Khan yang dinobatkan selaku pengarah terbaik filem. Kami warga FACT berbangga dengan pencapaian ini. Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan di masa hadapan. Tahniah!

RESULT EXAM SUDAH KELUAR...


Kepada warga FACT, keputusan peperiksaan akhir semester sudah boleh diperiksa melalui laman student portal. Kepada mereka yang memperolehi Anugerah Dekan, tahniah diucapkan. Manakala yang kurang berjaya, teruskan usaha. Yang asyik gagal, jangan risau. Teruskan usaha. Bak kata Ayah Agi,"Bukan Gagal tapi BELUM LULUS lagi". Anda yang menentukan hala tuju masa depan anda.

Sunday, October 18, 2009

SELAMAT MENJALANI TEMUDUGA


Hari ini adalah hari temuduga untuk kemasukan pelajar baru bagi FACT khususnya dan UiTM khasnya. Kepada calon-calon yang terlibat, kami pihak CASA mengucapkan "Selamat Berjaya" dan menjadi warga FACT.

Wednesday, October 14, 2009

CADANGAN UNTUK SEMESTER HADAPAN

Untuk makluman pelajar FACT, pihak CASA mengalu-alukan cadangan atau buah fikiran pelajar untuk kebaikan pelajar semester hadapan. Ini termasuklah masalah yang dihadapi pelajar, karenah staf FACT @ kolej, masalah penempatan kolej, kebajikan pelajar dan sebagainya.

Tuesday, October 13, 2009

PENGETUA KOLEJ ANTI-FACT?

Sejak akhir-akhir ini pelbagai aduan yang diterima dari pelajar FACT khususnya mengenai pengetua baru yang seolah-olah menganak tirikan pelajar FACT. Dakwaan ini nampaknya ada kebenarannya. Terbaru, aktiviti Raya di Puncak diadakan dari hari Jumaat sampai Ahad lepas. Jika diperhatikan dengan teliti, aktiviti tersebut diadakan di Dataran Puncak iaitu lokasi yang dicadang CASA untuk mengadakan Wayang Pachak. Alasan pengetua, bising dan mengganggu ketenteraman pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Persoalannya, adakah pertandingan karaoke lagu-lagu raya tidak mengganggu ketenteraman pelajar? Lebih-lebih lagi sudah hampir penghujung semester. Adakah ini adil untuk pelajar FACT? Isu Pak Guard masih sama dari dahulu hingga kini. Masih memandang serong terhadap pelajar FACT. Seolah-olah mereka Perdana Menteri di Puncak Perdana. Bagaikan mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukum terhadap pelajar. CASA berharap akan tampil seorang pensyarah yang akan membela nasib pelajar FACT. Paling tidak pun, CASA berharap akan ada wakil HEP yang datang ke Puncak mengambil tahu kebajikan pelajar di sini...

Sunday, September 27, 2009

PERINGATAN : PERMOHONAN MENYAMBUNG PENGAJIAN UNTUK SESI DISEMBER 2009

Kepada pelajar semester 6 FACT yang berminat menyambung pengajian ke peringkat ijazah, anda diingatkan supaya membuat permohonan secepat mungkin sebelum tarikh permohonan ditutup. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku apabila tarikh permohonan berakhir. Selain itu, anda semua diingatkan menyemak semula mini transkrip di student portal untuk memastikan anda tidak tertinggal sebarang subjek dari didaftarkan. Segala kerjasama anda amat kami harapkan. Terima Kasih.

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL


Sempena tibanya Syawal mulia, kami ahli majlis tertinggi CASA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA). Semoga anda semua memperolehi keberkatan Ramadhan lalu dan dilimpahkan rezeki Tuhan. Apapun, sebagai pelajar kita perlu bersedia kerana selepas cuti Hari Raya peperiksaan akhir semester akan menjelma. Sediakan ilmu yang cukup masa depan yang gemilang. Ingatlah pesanan ayah bonda. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, August 20, 2009

KEKELIRUAN

Ada sedikit kekeliruan di sini mengenai permohonan Tabung Pembangunan Pelajar. Hari ini, saya pergi ke HEP untuk menghadiri tuduhan MODUL 4. Ini semua berlaku berpunca daripada kesilapan pihak yang bertanggungjawab kerana tidak memeriksa dengan teliti mengenai kehadiran pelajar pada setiap kali modul diadakan dan saya adalah salah seorang mangsanya. Di sini, apa yang cuba ditekankan ialah pihak berwajib seharusnya lebih peka dengan perkara sebegini. Ini kerana mereka yang tidak bersalah turut dipanggil menghadapi perbicaraan. Berlakulah pembaziran dimana pelajar yang tidak bersalah datang dan mengeluarkan wang untuk hadir ke perbicaraan. Pelajar juga terlepas kelas yang mereka patut hadiri dengan alasan mengahadiri modul. Diharapkan selepas ini pihak berwajib peka dengan situasi pelajar. Selepas saya mengadap panel tatatertib, saya pergi ke unit kegiatan pelajar HEP. Di sana, saya cuba mendapatkan penjelasan mengenai isu Tabung Pembangunan Pelajar. Antara perkara yang saya peroleh di sana ialah:
  • Tabung Pembangunan Pelajar dibawah seliaan fakulti.
  • Pelajar boleh membuat permohonan tabung untuk kegiatan tuntutan subjek mahupun aktiviti yang diadakan pelajar sendiri.
  • Contohnya, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memberi kebenaran dan sumbangan tabung untuk aktiviti pelajar seperti sukan, family day dan pelbagai lagi.
  • Persoalannya di sini, dimana hak pelajar FACT?

# Saya cuba mendapatkan penerangan lebih jelas daripada pihak HEP kelak.

Saturday, August 15, 2009

Peringatan

Peringatan!

Selesema babi merebak.



Pakai Topeng Muka jika perlu.


dan buka topeng penipu jika mampu

Ingat! ini peringatan!
Atau mahu peringatan ini dipuisikan?



Peringatan
oleh Wiji Thukul

jika rakyat pergi
ketika penguasa pidato
kita harus hati-hati
barangkali mereka putus asa

kalau rakyat berbisik-bisik
ketika berbicara
penguasa harus waspada
dan belajar mendengar

dan bila rakyat tidak berani mengeluh
itu artinya sudah gawat
bila rakyat patuh-patuh
penguasa harus mencari sebabnya
bila omongan penguasa tak ada yang membantah
kebenaran pasti terancam

bila usul ditolak
kritik dilarang
dengan dalih mengganggu keamanan
berarti penguasa sedang ketakutan
kekerasan pasti digunakan
maka berhati-hatilah

"In human intercourse the tragedy begins, not when there is misunderstanding about words, but when silence is not understood."
Henry David Thoreau (1817-1862)

p/s: Siapa Wiji Thukul? Anda boleh google.

Thursday, August 13, 2009

CASA, APAKAH PERANAN PERSATUAN INI???


Hal ini sudah lama harus dibangkitkan (diluahkan). Bukan kami sebagai wakil persatuan pelajar tidak menjalankan tanggungjawab tapi kerana masalah politik dalaman yang melanda menyebabkan CASA hampir lumpuh. Sama seperti CASA terdahulu. Pelbagai aktiviti dan program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. CASA bagi hidup segan mati tak mahu. Diletakkan dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menonjolkan lagi kuasa persatuan ini. Bak kata pepatah Melayu, bagai lembu dicucuk hidung. Persoalannya disini, dimana hilangnya pensyarah yang sepatutnya membela nasib pelajar? Tiada. Tiada. Dan TIADA. yang ada hanya segelintir pelajar yang mahu menjaga kebajikan pelajar pelajar tetapi ditolak kerana lumpur politik dalaman. Ilmu adalah asas kepada pelajar datang ke universiti tetapi pihak yang bertanggungjawab seharusnya peka dengan nasib atau dengan kata lain, sumber kewangan pelajar. Kem motivasi jika dikaji semula tidak berbaloi. Bagai masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Wang dihabiskan dengan sia-sia. Terbaru, saya terlalu kecewa dengan tindakan bekas (tak layak dipanggil mantan) MPP yang sesuka hati menggunakan nama CASA untuk kepentingan seseorang yang lebih tinggi jawatannya. Wajarkah nama CASA digunakan untuk meraih wang tabung pembangunan pelajar tanpa pengetahuan CASA sendiri? Yang peliknya, aktiviti ini dikatakan anjuran CASA dan sebuah kementerian. Ini ditambah dengan wang tabung dikeluarkan untuk honourium dan wang makanan untuk pelajar yang membuat persembahan. Pelik dan memang pelik. Badan kerajaan yang menjemput pelajar membuat persembahan di hotel tidak memberi makan atau individu yang memohon 'makan' wang itu? Tepuk dada, tanya selera.

Tuesday, August 11, 2009

TAHNIAH!

Pihak C.A.S.A ingin mengucapkan tahniah kepada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik...

Prof. Dr. Hatta Azad Khan telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Seni dan Kreativiti 2008' bersempena dengan Majlis Anugerah Akademik Negara...





Tuesday, July 28, 2009

TAKZIAH & BERHATI-HATI...

Al-Fatihah buat salah seorang pelajar FACT, saudara Shahrul Iman @ Yo...
Beliau kembali ke Rahmatullah pada hari minggu yang sudah kerana kemalangan jalan raya.

C.A.S.A juga ingin menasihatkan kepada warga FACT agar segera berjumpa dengan doktor jika terdapat tanda-tanda H1N1 dalam diri anda.

Jangan degil!

Wednesday, July 1, 2009

Wayang Pacak di kampung sekitar Selangor

Pihak MT MPP dan MT CASA ingin mengadakan wayang pacak di sekitar Selangor dalam jangka masa terdekat. Ada sesiapa yang ingin memberikan cadangan lokasi dan masa?

Friday, June 26, 2009

TAHNIAH...

Persatuan Pelajar Kreatif & Artistik ingin mengucapkan tahniah di atas penganugerahan pangkat 'Tan Sri' kepada Naib Canselor UiTM.

Tahniah Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

Tuesday, June 23, 2009

AMANAT DATO VC HARUS DIIKUTI...


Wednesday, June 17, 2009

Skrip Doku / Doku-Drama Diperlukan Segera!!!

Peluang kepada pelajar FACT menunjukkan bakat mereka dalam industri perfileman. Sebuah syarikat produksi mencari skrip doku/doku-drama. Sesiapa yang mempunyai proposal sila hantar kepada saya ASAP...


Ahmad S.M Yusof

Saksikan Dekan FACT di Astro Awani

Program Temuramah Astro Awani kali ini menampilkan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Prof. Hatta Azad Khan. Jangan ketinggalan menyaksikan kupasan menarik di saluran 501 Astro Awani pada 21 Jun 9 malam.

Monday, June 15, 2009

Bengkel Kerjaya Videografi

Di tempat aku praktikal, akan mengadakan satu bengkel mengenai videografi. maksudnya, bengkel mengenai aspek-aspek teknikal dalam penghasilan video dan filem dari segi lighting, sound, camera, directing dan editing. antara tenaga pengajarnya adalah orang-orang yang berpengalaman lebih 20 tahun dari TV3, ASTRO dan RTM. sesiapa yang berminat boleh terus hubungi ke talian pejabat VIEW IMAGE SDN. BHD di:

03 - 7726 5148

atau pun hubungi:

En. Sharom di talian : 019 211 7108

jangan lepaskan peluang keemasan ini. berbaloi beb.

Festival Filem Klasik di Pulau Pinang

Untuk makluman pelajar, semalam saya ke Press Conference (PC) Festival Filem Klasik anjuran Paradise Sunday Beach Resort yang bakal diadakan di Pulau Pinang. Pagi ini, saya menghubungi pihak Sunday beach Resort Resort bagi mengatur pelajar FACT menyertai festival itu. Segala perkembangan terbaru akan saya nyatakan dalam blog ini. Thanks...


Ahmad S.M Yusof

Anjakan Tarikh mensyuarat FACT, MPP & CASA

Makluman terbaru yang diperolehi dari En.Hanafiah, mensyuarat ditunda ke 19 Jun 2009 bersamaan hari Jumaat. Oleh itu, kepada ahli CASA, sila ambil perhatian. Harap Maklum...


Ahmad S.M. Yusof

Thursday, June 11, 2009

Mensyuarat Majlis Tertinggi Casa, MPP dan pihak FACT

Mensyuarat Majlis Tertinggi Casa (MT CASA), MPP dan pihak pnetadbiran FACT akan diadakan pada 17 Jun ini di Puncak Perdana. Oleh itu, kepada mana-mana MT CASA yang tiada sebarang program pada hari itu diminta hadir ke majlis itu. Kerjasama anda amat saya hargai. Bersama Memajukan FACT!


Ahmad S.M Yusof

Anak Wayang


Tahniah kami dari CASA ucapkan kepada FEEYA Nor Shafiza Iskandar Azizan, 20, dan MIA Nuramirah Mohd Kamil, 19, kerana terpilih menyertai program realiti Anak Wayang terbitan ASTRO. Ini secara tidak langsung mengharumkan nama fakulti kita di industri seni tanah air. Selamat maju jaya diucapkan...

AHMAD S.M. YUSOF

Filem Aman Batal?

Terdapat spekulasi mengatakan filem kedua FACT dibatalkan pengambarannya. Sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Sesiapa yang mempunyai maklumat lengkap boleh emelkan kepada studentofcasa@gmail.com. Segala kejersama saya dahului dengan ucapan terima kasih...

Wednesday, May 27, 2009

AMAN...

Sama-sama kita doakan produk FACT yang seterusnya : filem Aman menjalani pengambaran dengan selamat dan teratur...

Tuesday, May 12, 2009

BANK SKRIP CASA

CASA akan menubuhkan sebuah bank skrip bagi pelajar FACT untuk mereka mempromosikan hasil karya pelajar-pelajar FACT kepada syarikat produksi luar. Skrip yang dimaksudkan termasuklah skrip cerita pendek (short film), telefilem, drama episod, skrip teater dan sebagainya. Untuk menjaga hakcipta pelajar, hanya sinopsis sahaja yang akan disimpan oleh CASA dan skrip penuh akan dipegang oleh penulis. CASA akan cuba menarik syarikat produksi luar untuk membeli skrip dari CASA dan akan membantu pelajar dalam urusan tersebut. Bersama-samalah memajukan diri dan CASA. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Wan Chel di talian 013-3725400.

Wednesday, May 6, 2009

BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS...

Link ini akan memawa anda kepada senarai penuh pemenang 7th Annual Cameronian Arts Awards...

Cameronian

Teater Jerjak, karya En. Syahrul Fithri, arahan Fasyali Fadzly yang dipentaskan oleh C.A.S.A pada tahun 2008 telah terpilih sebagai...

Shortlisted for Theatre Performance je...

Tak menang pun...

Tapi F.A.C.T harus berbangga kerana teater Jerjak merupakan kali pertama produk fakulti yang memasuki pencalonan...

Monday, April 20, 2009

Iklan


Iklan baru dari CASA

Sunday, April 19, 2009



BOLEH DIPERTIMBANGKAN?




Notis diatas adalah notis yang dikeluarkan bagi menggalakkan anak-anak seni dari kalangan program skrin untuk berkarya...

Tiba-tiba datang idea dari saya untuk mewujudkan projek yang sama tapi ia melibatkan program yang ada di fakulti.

Sebagai contoh:
1) pelajar Penulisan Artistik boleh menghantar proposal skrip dan mana yang berjaya akan dipertimbangkan untuk direalisasikan ke dalam bentuk visual.

2) Pelajar Teater boleh menghantar proposal yang lebih kurang sama dengan proposal notis di atas tetapi mengkhususkan dalam bidang persembahan pentas.

3) Pelajar animasi pula seperti di atas boleh menghantar proposal kartun untuk divisualkan.

Mungkin pihak fakulti boleh menghantar karya-karya mereka ini untuk dipertandingkan...

Tuesday, April 14, 2009

Name Tag CASA.

Masih lagi belum di bawa ke mesyuarat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Di bawah ini adalah contoh-contoh "name tag design" untuk CASA. Namun baru 90% siap. lagi 10% akan siap selepas dapat kritikan atau cadangan dari semua.




Segala kritikan atau cadangan dipersilakan. Terima kasih.


Sunday, April 5, 2009

Logo CASA terbaru

Di atas sekali (di bahagian header) telah kami letakkan logo CASA yang terbaru. Namun logo tersebut belum di bawa ke dalam mesyuarat lagi.

Tujuan kami meletakkannya di sini adalah untuk mendapat pendapat orang ramai terutamanya pelajar T.E.K.A/F.A.C.T. Segala pandangan dan kritikan boleh disalurkan menerusi komen pada entri ini.

Terima kasih.

Monday, March 30, 2009

Kami telah menyokong Kempen Earth Hour


Oleh kerana CASA adalah sebuah kelab yang membabitkan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artisitk, kami telah menyokong dan menghebahkan kempen menangani pemanasan global ini. Walaupun kami hanya menyokong-bukan menganjurkan-ianya sudah cukup untuk meberi makna dan kesadaran selain untuk menunjukkan bahawa jawatankuasa CASA yang baru adalah akan lebih aktif.