Sunday, October 18, 2009

SELAMAT MENJALANI TEMUDUGA


Hari ini adalah hari temuduga untuk kemasukan pelajar baru bagi FACT khususnya dan UiTM khasnya. Kepada calon-calon yang terlibat, kami pihak CASA mengucapkan "Selamat Berjaya" dan menjadi warga FACT.

Wednesday, October 14, 2009

CADANGAN UNTUK SEMESTER HADAPAN

Untuk makluman pelajar FACT, pihak CASA mengalu-alukan cadangan atau buah fikiran pelajar untuk kebaikan pelajar semester hadapan. Ini termasuklah masalah yang dihadapi pelajar, karenah staf FACT @ kolej, masalah penempatan kolej, kebajikan pelajar dan sebagainya.

Tuesday, October 13, 2009

PENGETUA KOLEJ ANTI-FACT?

Sejak akhir-akhir ini pelbagai aduan yang diterima dari pelajar FACT khususnya mengenai pengetua baru yang seolah-olah menganak tirikan pelajar FACT. Dakwaan ini nampaknya ada kebenarannya. Terbaru, aktiviti Raya di Puncak diadakan dari hari Jumaat sampai Ahad lepas. Jika diperhatikan dengan teliti, aktiviti tersebut diadakan di Dataran Puncak iaitu lokasi yang dicadang CASA untuk mengadakan Wayang Pachak. Alasan pengetua, bising dan mengganggu ketenteraman pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Persoalannya, adakah pertandingan karaoke lagu-lagu raya tidak mengganggu ketenteraman pelajar? Lebih-lebih lagi sudah hampir penghujung semester. Adakah ini adil untuk pelajar FACT? Isu Pak Guard masih sama dari dahulu hingga kini. Masih memandang serong terhadap pelajar FACT. Seolah-olah mereka Perdana Menteri di Puncak Perdana. Bagaikan mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukum terhadap pelajar. CASA berharap akan tampil seorang pensyarah yang akan membela nasib pelajar FACT. Paling tidak pun, CASA berharap akan ada wakil HEP yang datang ke Puncak mengambil tahu kebajikan pelajar di sini...