Wednesday, January 27, 2010

Pancing dan Pangkah

Setiap sistem pemerintahan, perlu diterajui ketua. Ini hakikat. Sesetengah sistem memilih ketua dengan cara undi. Ini boleh dikatakan proses demokrasi. Begitu juga dalam sistem pemerintahan pelajar, ketua akan dipilih melalui proses pengundian. Maka memancing undi adalah wajib bagi calon-calon pilihan raya ini. Namun masalah di sini, sejak dari dahulu, teknik memancing undi pelajar tidak yang menarik untuk dibicarakan, terutama calon-calon pemimpin di alma mater saya. Boleh dikatakan, tempat pengajian saya ini adalah sekolah seni, maka seharusnya kreatif. Kempen yang dilakukan mestilah seperti pemikiran calon tersebut.

Jika saya mencalonkan diri, saya takkan menghabiskan masa dan wang mencetak gambar sendiri beratus-ratus dan menggantungnya di serata tempat. Kalau kacak, bergaya dan seksi lainlah. Semua itu cara lama, cara mak bapak kita dulu-dulu. Ortodoks, tak terbuka dan sempit dan sudah tidak praktis. Cuba fikir luar sikit. Buat satu video korporat tentang diri sendiri (walaupun propaganda dan syok sendiri) dan tayangkan dengan projektor (terutama pelajar filem). Sekurang-kurangnya, kebolehan ,kesungguhan (dan kebodohan) saya akan terserlah. Namun sekurang-kurangnya, saya cuba pendekatan artistik.

Selain itu, bagi setiap proses memancing undi, manifesto setiap calon harus dilaungkan. Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Karl Marx pada 162 tahun yang lalu pun sudah memikirkan tentang menzahirkan manifestonya dalam bentuk buku. Hitler, pada zaman muda melaungkan suaranya dengan berkesan,cuma di kedai minum. Saya bukan bercakap tentang Marx dan Hitler sebagai pemimpin hebat, namun dari segi orang biasa yang punya semangat dan idea. Ini belum termasuk gerakan mahasiswa di negara jiran lagi. Namun hal-hal ini tidak nampak pada proses pilihanraya di tempat saya,khusunya. Dan saya tidak pasti apakah sebabnya. Adakah calon-calon pemimpin pelajar ini tumpul pemikirannya. Dan yang menariknya, calon-calon ini boleh dipersoalkan tentang kepimpinannya, kerana mereka tiba-tiba muncul entah dari mana (sebelum ini tak nampak di mana-mana majlis ilmu untuk berkongsi idea) dan mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin.

Saya masih bingung dengan pemimpin sebelum ini, dan sekarang kabur dengan pemimpin akan datang. Kadangkala terlihat mereka berkhidmat untuk pihak atasan, di mana kata-kata oleh V dalam filem V for vendetta- "People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people" akan disangkal oleh mereka.

Kerana hal inilah, saya tak hairan, sebelum majlis tayangan filem Karaoke semalam, ada calon yang cuba memancing undi dengan gula-gula di dalam bilik tayangan. Dan apabila filem diputarkan, mereka (calon dan jentera) sibuk berbual,bermain es-em-es dan tidur. Dan pada pagi ini mengganggu pegumuman-pengumuman tak sudah. Jika saya mengundi, apa erti undi saya? Adakah undi saya berharga beberapa butir gula-gula dan air kotak? Ataupun saya mengundi supaya mereka boleh mencapap?

p/s : saya tak sangka, kali ini undi dilakukan secara online.

Sunday, January 24, 2010

PENGUMUMAN...PENGUMUMAN

Warga FACT yang dikasihi, disini terdapat satu peringatan penting khas untuk anda. Ia adalah berhubung penggunaan PA system di pejabat Kolej Puncak Perdana. CASA mendapat banyak aduan dari pensyarah dan pelajar berhubung gangguan pengumuman menggunakan alat tersebut.

Justeru itu, pelajar dinasihatkan menggunakan peralatan tersebut sebaik mungkin kerana ia sebenarnya mengganggu ketenteraman penduduk dan pelajar di Puncak Perdana. Malam tadi, seorang wakil persatuan 'Hadhari' di sini membuat pengumuman ketika jemaah di surau bersebelahan pejabat kolej sedang menunaikan solat Isyak.

Hendak dikatakan pelajar itu tidak mendengar suara imam membaca ayat suci Al-Quran semasa menunaikan solat adalah mengarut. Sesiapa pun tahu jemaah sedang menunaikan solat. Bukankah ianya mengganggu 'kekhusyukan' jemaah menunaikan solat? Walhal pengumuman itu adalah untuk perkara yang kurang penting dan andai penting sekalipun, tidak bolehkah mereka tunggu sehingga jemaah selesai menunaikan solat?

Ada hadis yang mengatakan terdapat 10 perkara melambatkan seseoran itu masuk ke syurga dan salah satu daripadanya adalah mengganggu hak jiran. Jadi, fikir-fikirkanlah sendiri. Ada sesetengah pihak pengurusan ini apabila ditegur, mereka melenting. Tidak mahu mendengar nasihat pelajar malah memandang rendah terhadap pelajar. Sepatutnya, kita sebagai warga UiTM berfikiran terbuka menerima pandangan orang untuk menjadi yang terbaik.

Thursday, January 21, 2010

PERGINYA SEORANG ANAK SENI

Petang kelmarin, berakhirnya hayat bekas pensyarah FACT, Dr. Anuar Nor Arai, 66. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Selangor, Shah Alam. Dikhabarkan, punca kematian beliau adalah kerana kompilasi pada paru-paru. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Zohor tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak termasuk seorang yang bekerja di New Zealand.

Menyorot kembali penglibatan Dr. Anuar Nor Arai, beliau mencipta sejarah menjadi anak Melayu dan Malaysia pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Carlifornia Los Angeles. Pensyarah yang banyak menabur jasa di FACT ini pernah menghasilkan filem terpanjang di negara kita iaitu Johnny Bikin Filem serta teater bertajuk Ronggeng Rokiah. Pemergian Allahyarham diratapi seluruh peminat seni tanahair. AL-FATIHAH!

Wednesday, January 20, 2010

AWAS : KECURIAN SELIPAR / KASUT DI FACT

Pada minggu ketiga semester baru ini, banyak kes kecurian selipar / kasut di fakulti sehinggakan pihak fakulti terpaksa menaikkan notis amaran. Kes ini tidak harus dipandang enteng oleh warga FACT bagi mengelakkan kes sebegini berulang.

Kerjasama kita semua warga FACT diharapkan menggembling tenaga dan memberikan maklumat supaya pencuri selipar ini dapat diberkas. Mungkin ada musuh dalam selimut di FACT tetapi lebih baik kita menangkap dahulu pencuri daripada membuat tuduhan melulu. Jadilah warga FACT yang berakhlak mulia demi masa depan yang cemerlang.

Monday, January 4, 2010

SELAMAT KEMBALI KE FAKULTI

Selamat kembali ke FACT selepas hampir sebulan setengah bercuti. Warga FACT diharapkan tidak terlupa untuk mendaftar subjek untuk semester baru serta membuat pembayaran bil. Bagi yang tidak berkemampuan, anda digalakkan membuat permohonan bantuan zakat fitrah dari CITU bersebelahan klinik UiTM Puncak Perdana. Kepada warga baru FACT, selamat datang dan kami alu-alukan anda menjadi warga FACT. Selamat menempuhi alam universiti...