Tuesday, June 1, 2010

For GAZA


ASSALAMUALAIKUM!
DENGAN NAMA ALLAH 
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

aku sebagai blogger pisican kini telah menyahut seruan Parit Pernandez danAlvin Tong dan semua semua lah blogger blogger picisan yang dah pon buat perubahan dalam belog mereka... kini aku turut sama sama menyokong tindakan blogger blogger picisan untuk menyebarkan keburukan kafir LAKNATULLAH ni!

"berita buletin utama malam tadi menyatakan ada tiga kapal yang lepas dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza. kapal laut Rochel Corrie yang membawa 17 anak kapal termasuk wartahwan tv3 masih dalam keadaan baik dan sekiranya berlaku perkara perkara tidak di ingini, ketua misi akan berpatah balik untuk menjamin keselamatan anak anak kapal Rachel Corrie.

Thursday, February 25, 2010

Unnamed Fact Club (UFAC)

Hanya nama berubah (UFAC). Orang Melayu kita bukan boleh tengok bangsa sendiri maju. Kami akan terus berperanan sebagai medium penghubung kepada pelajar FACT mengenai peristiwa yang berlaku di fakulti juga perkembangan terkini mengenai isu hal ehwal pelajar. Terima kasih dengan sokongan anda.

Sambutan Maulidul Rasul


SEJARAH

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan,syarahan, forum, marhaban dan jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulama'-ulama' yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Tempat kelahiran junjungan besar, Muhammad S.A.W

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

HUKUM MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

p/s : Mari kita bersama-sama berselawat dan sedekahkan al-Fatihah kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

info-info ini dipetik dari al-azim.com milik Jabatan Mufti Melaka.

Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional

Kepada warga FACT yang telah memohon secara on-line Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional (PTPTN), anda diingatkan supaya segera melengkapkan borang permohonan yang telah dimuat turun. Ini adalah berikutan kutipan borang yang akan diadakan pada masa terdekat. Harap maklum.

Monday, February 22, 2010

ALKISAH...

Ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam minggu lalu...

Seorang AJK CASA (Mr.M) duduk di hadapan koperasi blok 5 lalu datang seorang lelaki yang menang pancing dan pangkah (Mr.D) datang berjumpa dengannya.

Mr.D : Weh, CASA dah kena bubar. Tak boleh buat apa-apa projek!
Mr.M: Habis tu kenapa?
Mr.D : Kenapa CASA buat Carnivale FACT tu? korang sepatutnya tak boleh buat apa-apa.
Mr.M: Biarlah. Benda ni pun dibuat sebelum pilihanraya lagi. Kenapa kau nak marah-marah pula?
Mr.D : Korang pun jangan nak sibuk-sibuk buat bantahan itu ini. Aku tahu la jalankan kerja aku.
Pancha renovate pun aku punya kerja tau.

Ini adalah salah sedikit petikan (bukan ayat asal sepenuhnya) peristiwa yang berlaku minggu lalu. Sebagai wakil CASA, kami sedikit terkilan dengan sikap 'orang baru' dalam sistem pentadbiran di fakulti kita. Seharusnya, dia duduk sama berbincang secara baik daripada terus melakukan serbuan yang tiada usul periksa.

CArnivale FACT ini dirancang sebelum pilihanraya dilakukan. Jadi, mustahil untuk Mr.D menghalang karnival seperti ini. Adakah acara ini boleh menjadi kudis kepadanya atau pun sudah menjadi kurap yang menyebabkannya kegatalan? Tepuk dada, tanya selera. Bukan untuk mengutuk tapi sekadar mengingatkan. Kita menjadi pemimpin bukan kerana nama tetapi kerana ingin memimpin pelajar dan merasai pengalaman sebagai pemimpin.

Karnival ini adalah dibawah kendalian pelajar ijazah semester 4 dan pihak kolej. Jadi, kenapa CASA pula yang hendak dihentam? Pelik betul dunia sekarang.


p/s : khabarnya AJK CASA telah dibubarkan tetapi belum ada apa-apa pengunguman rasmi mengenainya. Namun, kami akan sentiasa menulis isu semasa mengenai fakulti di blog ini. Terima kasih dengan sokongan anda selama ini.