Thursday, August 20, 2009

KEKELIRUAN

Ada sedikit kekeliruan di sini mengenai permohonan Tabung Pembangunan Pelajar. Hari ini, saya pergi ke HEP untuk menghadiri tuduhan MODUL 4. Ini semua berlaku berpunca daripada kesilapan pihak yang bertanggungjawab kerana tidak memeriksa dengan teliti mengenai kehadiran pelajar pada setiap kali modul diadakan dan saya adalah salah seorang mangsanya. Di sini, apa yang cuba ditekankan ialah pihak berwajib seharusnya lebih peka dengan perkara sebegini. Ini kerana mereka yang tidak bersalah turut dipanggil menghadapi perbicaraan. Berlakulah pembaziran dimana pelajar yang tidak bersalah datang dan mengeluarkan wang untuk hadir ke perbicaraan. Pelajar juga terlepas kelas yang mereka patut hadiri dengan alasan mengahadiri modul. Diharapkan selepas ini pihak berwajib peka dengan situasi pelajar. Selepas saya mengadap panel tatatertib, saya pergi ke unit kegiatan pelajar HEP. Di sana, saya cuba mendapatkan penjelasan mengenai isu Tabung Pembangunan Pelajar. Antara perkara yang saya peroleh di sana ialah:
  • Tabung Pembangunan Pelajar dibawah seliaan fakulti.
  • Pelajar boleh membuat permohonan tabung untuk kegiatan tuntutan subjek mahupun aktiviti yang diadakan pelajar sendiri.
  • Contohnya, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memberi kebenaran dan sumbangan tabung untuk aktiviti pelajar seperti sukan, family day dan pelbagai lagi.
  • Persoalannya di sini, dimana hak pelajar FACT?

# Saya cuba mendapatkan penerangan lebih jelas daripada pihak HEP kelak.

Saturday, August 15, 2009

Peringatan

Peringatan!

Selesema babi merebak.



Pakai Topeng Muka jika perlu.


dan buka topeng penipu jika mampu

Ingat! ini peringatan!
Atau mahu peringatan ini dipuisikan?



Peringatan
oleh Wiji Thukul

jika rakyat pergi
ketika penguasa pidato
kita harus hati-hati
barangkali mereka putus asa

kalau rakyat berbisik-bisik
ketika berbicara
penguasa harus waspada
dan belajar mendengar

dan bila rakyat tidak berani mengeluh
itu artinya sudah gawat
bila rakyat patuh-patuh
penguasa harus mencari sebabnya
bila omongan penguasa tak ada yang membantah
kebenaran pasti terancam

bila usul ditolak
kritik dilarang
dengan dalih mengganggu keamanan
berarti penguasa sedang ketakutan
kekerasan pasti digunakan
maka berhati-hatilah

"In human intercourse the tragedy begins, not when there is misunderstanding about words, but when silence is not understood."
Henry David Thoreau (1817-1862)

p/s: Siapa Wiji Thukul? Anda boleh google.

Thursday, August 13, 2009

CASA, APAKAH PERANAN PERSATUAN INI???


Hal ini sudah lama harus dibangkitkan (diluahkan). Bukan kami sebagai wakil persatuan pelajar tidak menjalankan tanggungjawab tapi kerana masalah politik dalaman yang melanda menyebabkan CASA hampir lumpuh. Sama seperti CASA terdahulu. Pelbagai aktiviti dan program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. CASA bagi hidup segan mati tak mahu. Diletakkan dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menonjolkan lagi kuasa persatuan ini. Bak kata pepatah Melayu, bagai lembu dicucuk hidung. Persoalannya disini, dimana hilangnya pensyarah yang sepatutnya membela nasib pelajar? Tiada. Tiada. Dan TIADA. yang ada hanya segelintir pelajar yang mahu menjaga kebajikan pelajar pelajar tetapi ditolak kerana lumpur politik dalaman. Ilmu adalah asas kepada pelajar datang ke universiti tetapi pihak yang bertanggungjawab seharusnya peka dengan nasib atau dengan kata lain, sumber kewangan pelajar. Kem motivasi jika dikaji semula tidak berbaloi. Bagai masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Wang dihabiskan dengan sia-sia. Terbaru, saya terlalu kecewa dengan tindakan bekas (tak layak dipanggil mantan) MPP yang sesuka hati menggunakan nama CASA untuk kepentingan seseorang yang lebih tinggi jawatannya. Wajarkah nama CASA digunakan untuk meraih wang tabung pembangunan pelajar tanpa pengetahuan CASA sendiri? Yang peliknya, aktiviti ini dikatakan anjuran CASA dan sebuah kementerian. Ini ditambah dengan wang tabung dikeluarkan untuk honourium dan wang makanan untuk pelajar yang membuat persembahan. Pelik dan memang pelik. Badan kerajaan yang menjemput pelajar membuat persembahan di hotel tidak memberi makan atau individu yang memohon 'makan' wang itu? Tepuk dada, tanya selera.

Tuesday, August 11, 2009

TAHNIAH!

Pihak C.A.S.A ingin mengucapkan tahniah kepada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik...

Prof. Dr. Hatta Azad Khan telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Seni dan Kreativiti 2008' bersempena dengan Majlis Anugerah Akademik Negara...