Thursday, August 13, 2009

CASA, APAKAH PERANAN PERSATUAN INI???


Hal ini sudah lama harus dibangkitkan (diluahkan). Bukan kami sebagai wakil persatuan pelajar tidak menjalankan tanggungjawab tapi kerana masalah politik dalaman yang melanda menyebabkan CASA hampir lumpuh. Sama seperti CASA terdahulu. Pelbagai aktiviti dan program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. CASA bagi hidup segan mati tak mahu. Diletakkan dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menonjolkan lagi kuasa persatuan ini. Bak kata pepatah Melayu, bagai lembu dicucuk hidung. Persoalannya disini, dimana hilangnya pensyarah yang sepatutnya membela nasib pelajar? Tiada. Tiada. Dan TIADA. yang ada hanya segelintir pelajar yang mahu menjaga kebajikan pelajar pelajar tetapi ditolak kerana lumpur politik dalaman. Ilmu adalah asas kepada pelajar datang ke universiti tetapi pihak yang bertanggungjawab seharusnya peka dengan nasib atau dengan kata lain, sumber kewangan pelajar. Kem motivasi jika dikaji semula tidak berbaloi. Bagai masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Wang dihabiskan dengan sia-sia. Terbaru, saya terlalu kecewa dengan tindakan bekas (tak layak dipanggil mantan) MPP yang sesuka hati menggunakan nama CASA untuk kepentingan seseorang yang lebih tinggi jawatannya. Wajarkah nama CASA digunakan untuk meraih wang tabung pembangunan pelajar tanpa pengetahuan CASA sendiri? Yang peliknya, aktiviti ini dikatakan anjuran CASA dan sebuah kementerian. Ini ditambah dengan wang tabung dikeluarkan untuk honourium dan wang makanan untuk pelajar yang membuat persembahan. Pelik dan memang pelik. Badan kerajaan yang menjemput pelajar membuat persembahan di hotel tidak memberi makan atau individu yang memohon 'makan' wang itu? Tepuk dada, tanya selera.

7 comments:

  1. en la,yo tak tau nk ckp ape...org yg pd zahirnya baik,kita tidak tahu ape yg ada dalam hatinya...manusia itu mcm2 ragam...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Dulu aku ingat CASA memang hanya atas nama. Tak jalankan aktiviti dan sebagainya. Jika benar perkara yang dahulu berlaku seperti sekarang. Tak pelik lah perkara ini akan berlarutan hingga ke larut malam. Tidak peliklah wang untuk pelajar - pelajar SKRIN menjalankan penggambaran untuk filem pendek ditarik balik. Kenapa? Aku tak pelik student dari Kolej/Universiti lain gah dalam bidang seni. Lebih hebat dari dekan fakulti sendiri? Oh semestinya. sekurang - kurangnya pelajarnya sendiri ada filem pendek yang tercalon didalam percalonan ANUGERAH FILEM PENDEK & ANUGERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA. MALAYSIA sekali lagi ya! Ini, Filem hasil "ORANG ITU" jangan kata sijil, "ANU" dia pun tak nampak. Siapakah orang itu? jeng jeng jeng. Mari kita lihat siapa yang kenaaa!!! KAH KAH KAH.

    Hari tu, angin ada bawa cerita. Cerita pasal ada "orang itu @ ANU" menggunakan nama CASA untuk menggeluarkan WANG RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBAYAR CUKAI untuk mengANUgerahkan pada seseorang. ANU apa? ANUgerah ya adik adik. APAKAH!? WANG RAKYAT MALAYSIA yang membayar cukai bole digunakan untuk "orang itu". Pelajar? Pelajar nak buat filem pendek untuk bawa nama UNIVERSITI sendiri kene pakai duit sendiri laaaa.. Later on, dah menang 30 RIBU/ 40 RIBU. Sibuk interview "orang itu" lah.. KAH KAH KAH malang pelajar - pelajar ini. Belum habis cerita itu, peng-joget dan pengendang dan segala peng di "MALAM" itu turut di sogok dengan uwang, uwang ya adik - adik. berbaur politik. geli. muntah muntah.

    Sekali lagi, pelajar nak buat "malam ANU-gerah@malam makan - makan" diberikan alasan bijak dari "orang itu" dimana "malam" itu tidak dibenarkan kerana bukan dibawah subjek. Selain itu, "malam joget - joget @MPG" dibenarkan. APAKAAAAHHH!!?? Mungkin "orang itu" boleh buat filem pendek dan nak tayangkan aksi - aksi pelajar berjoget dari me-nayangkan filem pendek hasil pelajar sendiri. Atau nak meng-ANU-gerahkan dirinya? ATAU nak bayar duit FILEM YANG TERBENGKALAI dan TIDAK LAKU itu?

    kah kah kah, tiru sikittt...

    FIKIR LA BROTHER

    ReplyDelete
  4. bagus MELODI..gua sokong lu seratus peratus...

    kasihan si ANU, kalau tak sebab Uitm...memang dia tak ada peluang nak mengarah filem lagi.HAHAHAHAHA...

    Paling bangsat bila dia dapat juta-juta duit Uitm untuk buat filem tetapi mansuhkan duit 5 ribu dana pelajar untuk buat filem. Alasannya adalah filem pelajar tak menang apa-apa kat festival...

    oh..so filem Wayang menang sangat la kat festival kot? hahahahahaha...

    Dengan duit juta-juta yang digunakan untuk buat filem dia yang tak laku dan tak menang itu, boleh tanggung beratus filem pendek pelajar fakulti ...

    sekarang ini, apakah tujuan dia masuk uitm ini? untuk kepentingan diri dia ataupun untuk pelajar-pelajar?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. pssstt , aku dengar kata, ada media cetak dah tau sesuatu pasal hal ni. kita tunggguuu siapa yang kenaa!! hahahahah!

    ReplyDelete
  7. bagus3...ni yang aku nak dengar ni...

    ReplyDelete