Thursday, August 20, 2009

KEKELIRUAN

Ada sedikit kekeliruan di sini mengenai permohonan Tabung Pembangunan Pelajar. Hari ini, saya pergi ke HEP untuk menghadiri tuduhan MODUL 4. Ini semua berlaku berpunca daripada kesilapan pihak yang bertanggungjawab kerana tidak memeriksa dengan teliti mengenai kehadiran pelajar pada setiap kali modul diadakan dan saya adalah salah seorang mangsanya. Di sini, apa yang cuba ditekankan ialah pihak berwajib seharusnya lebih peka dengan perkara sebegini. Ini kerana mereka yang tidak bersalah turut dipanggil menghadapi perbicaraan. Berlakulah pembaziran dimana pelajar yang tidak bersalah datang dan mengeluarkan wang untuk hadir ke perbicaraan. Pelajar juga terlepas kelas yang mereka patut hadiri dengan alasan mengahadiri modul. Diharapkan selepas ini pihak berwajib peka dengan situasi pelajar. Selepas saya mengadap panel tatatertib, saya pergi ke unit kegiatan pelajar HEP. Di sana, saya cuba mendapatkan penjelasan mengenai isu Tabung Pembangunan Pelajar. Antara perkara yang saya peroleh di sana ialah:
  • Tabung Pembangunan Pelajar dibawah seliaan fakulti.
  • Pelajar boleh membuat permohonan tabung untuk kegiatan tuntutan subjek mahupun aktiviti yang diadakan pelajar sendiri.
  • Contohnya, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memberi kebenaran dan sumbangan tabung untuk aktiviti pelajar seperti sukan, family day dan pelbagai lagi.
  • Persoalannya di sini, dimana hak pelajar FACT?

# Saya cuba mendapatkan penerangan lebih jelas daripada pihak HEP kelak.

2 comments:

  1. FACT,bantulah pelajar-pelajar mu yg semakin kalah dgn kehebatan kewangan student art yg lain...

    ReplyDelete
  2. Hak FACT??? Tabung Pembangunan?? Kami pelajar Sem 4 dah serik gila. Malas nak komen, kang tak pasal2 jadi isu. Bukan tak berani, nak jaga profesionalisme antara pelajar dan FACT.

    ReplyDelete