Monday, February 22, 2010

ALKISAH...

Ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam minggu lalu...

Seorang AJK CASA (Mr.M) duduk di hadapan koperasi blok 5 lalu datang seorang lelaki yang menang pancing dan pangkah (Mr.D) datang berjumpa dengannya.

Mr.D : Weh, CASA dah kena bubar. Tak boleh buat apa-apa projek!
Mr.M: Habis tu kenapa?
Mr.D : Kenapa CASA buat Carnivale FACT tu? korang sepatutnya tak boleh buat apa-apa.
Mr.M: Biarlah. Benda ni pun dibuat sebelum pilihanraya lagi. Kenapa kau nak marah-marah pula?
Mr.D : Korang pun jangan nak sibuk-sibuk buat bantahan itu ini. Aku tahu la jalankan kerja aku.
Pancha renovate pun aku punya kerja tau.

Ini adalah salah sedikit petikan (bukan ayat asal sepenuhnya) peristiwa yang berlaku minggu lalu. Sebagai wakil CASA, kami sedikit terkilan dengan sikap 'orang baru' dalam sistem pentadbiran di fakulti kita. Seharusnya, dia duduk sama berbincang secara baik daripada terus melakukan serbuan yang tiada usul periksa.

CArnivale FACT ini dirancang sebelum pilihanraya dilakukan. Jadi, mustahil untuk Mr.D menghalang karnival seperti ini. Adakah acara ini boleh menjadi kudis kepadanya atau pun sudah menjadi kurap yang menyebabkannya kegatalan? Tepuk dada, tanya selera. Bukan untuk mengutuk tapi sekadar mengingatkan. Kita menjadi pemimpin bukan kerana nama tetapi kerana ingin memimpin pelajar dan merasai pengalaman sebagai pemimpin.

Karnival ini adalah dibawah kendalian pelajar ijazah semester 4 dan pihak kolej. Jadi, kenapa CASA pula yang hendak dihentam? Pelik betul dunia sekarang.


p/s : khabarnya AJK CASA telah dibubarkan tetapi belum ada apa-apa pengunguman rasmi mengenainya. Namun, kami akan sentiasa menulis isu semasa mengenai fakulti di blog ini. Terima kasih dengan sokongan anda selama ini.

2 comments:

  1. susah la kalo awal-awal macam tu..ingat la jawatan tu datang dari kita g buang undi..kalo jd pemimpin sampai tak boleh ditegur@dikritik..jangan la mendabik dada dengan apa yang kita sumbang..

    ReplyDelete
  2. Gulp!!!! Dahsyatnyer..tapi meriahlah Karnival FACT tu, macam-macam ada. Hello??? Bukan nak malukan fakulti pun. At least ada gak aktiviti yang berfaedah camni...meriah jugak fakulti yang agak suram dan kurang dikenali tu. Amboi!! Awal2 lagi dah berlagak, buatlah kerja tu seikhlas hati. Orang dah bagi kepercayaan. Hormat orang, then orang hormat balik. Lu bikin t***, bikin t*** balik. Ada aku kisah??

    ReplyDelete